Friday, 6 June 2014

Menahan

menahan sebak di dada 
itu bila kamu hendak 
menangis
menahan daripada makan
sesuatu yang tidak sihat
itu bila kamu 
nak diet
tapi diri kita 
ini sebenarnya menahan
ada benda yang 
boleh kita menahan
dan juga benda 
kita tidak tahan
tidak tahan panas
tidak tahan sejuk
tidak tahan lapar jika gastrik
namun itu lah diri manusia
banyak benda akan menahan


namun manusia ini
mempunyai limit atau batasnya
ada sampai satu 
tahap di mana
kamu sudah pun tidak 
dapat menahan lagi
kalau tidak dapat menahan
usahlah cuba untuk menahan lagi
jika makin menahan
makin terseksa
jika menahan di dalam hati lagi lah pedih
orang kata
hati tidak tenang
semua benda tak jalan


Tatkala kamu 
ingin menahan sesuatu itu
kamu fikir lah diri kamu
dan jua orang lain
jika ia memberi kebaikan 
untuk diri kamu dan orang lain
maka menahan lah
tetapi usahlah menahan
jika ia akan membawa 
keburukan untuk diri mu
jika ini yang berlaku
lebih baik kamu tinggalkan
benda seperti itu
atau kamu
buatlah sesuatu yang 
boleh kamu melupakanya

menahan selagi kamu 
mampu untuk buat
usah menahan jika kamu
sudah tidak dapat 
menahannya.....


sebuah nukilan:
H.H

Wednesday, 7 May 2014

Rahsia alam....Tioman...

Pulau yang penuh
Dengan mitos
Dan cerita-ceritanya
Namun untuk aku
Ia merupakan
Suatu perjalanan
Dan juga pengalaman baru
Mungkin tidak ramai
Berpeluang seperti aku
Jika berpeluang
Pergi lah ke sana

Di sini bukan setakat percutian
Sepatutnya kamu harus
Tahu bertapa cantik rahsia alam
Berada di tengah lautan
China selatan
Jauh daripada tanah besar
Merupakan suatu rahsia alam
Keindahan dasar laut
Kecantikan batu karang
Pelbagai jenis ikan
Yang mana bukan
Semua orang berpeluang
Jika anda dapat
Peluang untuk melihat
Anda akan
Tahu bertapa pentingnya
Kita harus menjaga keindahan
Ciptaan tuhan ini

Tidak pernahkah kita terfikir
Mengapa kita mempunyai peluang
Untuk melihat ciptaan tuhan ini
Mungkin kita fikir
Kita yang berusaha
Mencari semua itu
Namun kenapa ada
Yang sudah merancang
Dengan pelbagai cara
Mencari kaedah terbaik
Namun masih lagi tidak
Berpeluang untuk melihat

Keindahan yang ada
Di dasar laut
Seandainya kamu merenung
Kembali bertapa bertuahnya
Diri kalian untuk
Merenung dan melihat
Sendiri dengan mata kasar
Mempunyai peluang memegang
Batu karang dan pelbagai jenis ikan

Sudah bukan senang untuk kamu
Untuk pergi ke tempat sedemikian
Ini kan pula kamu
Pulang dengan selamat
Yang mana kamu
Ingin menceritakan
Kepada semua orang
Ada yang tidak dapat
Pulang dengan selamat
Mungkin mereka mempunyai
Niat tersembunyi
Yang mana kita
Sendiri tidak
Ketahui

Bagiku..biarlah
Sebanyak mana
Secantik mana
Seindah mana
Tioman itu
Peliharakanlah akan
Ia
Dan rahsiakanlah
Kecantikan jika ada
Manusia yang
Mempunyai niat tidak baik
Kerana ia merupaka
Rahsia alam yang
Perlu di lindungi
Rahsia alam..
Rahsia tioman..

Friday, 11 April 2014

PERJALANAN...

Perjalanan 
Merupakan suatu perkara
yang akan di lalui 
oleh setiap manusia
Adakalanya
perjalanan yang kita 
impikan itu tidak hadir
tidak seperti yang
kita mahu
tetapi itulah pula
dinamakan pengalaman
yang mana 
kamu tidak akan dapat di dalam
buku mahupun
kamu belajar daripada 
orang lain
walaupun guru yang hebat 
yang mengajar kamu
tidak akan sama
dengan kamu merasai 
sendiri sesuatu pengalaman

Perjalanan yang kita
pernah kita lalui
nescaya kita tidak akan
melalui perkara yang sama
untuk kali yang kedua
kalau ia berlaku untuk kalai
kedua 
maka ia merupakan kelebihan buat kamu
sebab itulah
sesuatu perjalanan itu
kamu harus merasai sendiri
bukannya melalui 
pembacaan di buku
ataupun 
melihat video mengenai 
kisah orang lain
itulah yang akan
membezakan kamu
dengan orang yang lain

Perjalanan yang lepas 
menjadi sebagai sejarah 
buat diri kita
Perjalanan yang akan datang
menjadi suatu misteri lagi
buat diri kita
sedar tidak sedar
perjalanan pada waktu sekaranglah
yang akan mencorak
macam mana
perjalanan kita 
di masa hadapan

maka bentuk 
perjalanan yang 
macam mana
yang ingin kita mahukan
perjalanan
merupakan suatu perkara
yang mana tidak akan lalui dalam hidup kita
perjalanan kita ini akan terhenti
buat selama-lamanya
apabila kita sudah
meninggal dunia..

Tuesday, 18 March 2014

Mengubah sesuatu

sering kali kita ingin mengubah
bukan semua benda yang boleh diubah
ada benda sudah termaktub
yang mana sudah yang tidak boleh di ubah
contohnya...sejarah yang lama
sejarah yang paling hampir
sejarah mengenai diri kita
sejarah itu sudah tidak boleh di ubah lagi

jika mahu sesuatu,kita mesti mengubah
tapi adakah kita perlu mengubah semuanya??
tanya pada diri kita ini dulu
adakah semuanya perlu kita ubah'?
adakalanya tidak semua
hanya sedikit sahaja


namun jika mengubah itu 
membawa kebaikan kepada kita
maka ubah lah
maka berubahlah kamu
berubah lah dari segi aspek
tidak perlu terus mengubah dengan segera
hanya dengan sedikit berubah
boleh membawa perubahan 
besar pada diri kita ini


Jika benda tersebut diluar 
kemampuan kita untuk mengubahnya
maka apakan daya untuk 
kita ini yang lemah ini
yang tidak mempunyai kuasa
yang tidak mempunyai kekuatan
tapi biarlah niat di hati ini
ada timbul satu perasaan
yang mana ingin mengubahnya
maka sesungguhnya Tuhan 
tahu akan niatmu itu

perubahan yang drastik 
kadangkala boleh membawa kesengsaraan
tapi perubahan itu haruslah di tapis
satu demi satu
kerana akhirnya ia membawa 
kesengsaraan
yang mana
ia tidak boleh diubah lagi...






Sunday, 16 March 2014

Penantian

Penantian
suatu perkara yang amat pedih
perlu menunggunya ia untuk datang
kadang bisa ia boleh untuk datang
biarpun kita mengharap nya

adapun penantian ini suatu penyiksaan
namun kemanisan jua di saat akhir
hanya yang memahami sahaja yang tau manisnya
tapi untuk mendapat kemanisan itu bukan lah suatu yang mudah
banyak halangan
dugaann jiwa
ranjau dan blalalalalallaa

kita sering mahu ia cepat datang
namun pernah kita belaja untuk mendapatkannya
renung lah sektika
untuk sang penulis ini
dan jua pembaca or stalker

namun..
kalau penantian mungkin suatu ketika
kita mengharapkannya
dan akhirnya ia seolah-olah tiada 
sinar untuknya datang
buat apa lagi untuk kita 
untuk menuggu 
dan terus menunggu
kerana diri ini mampu untuk mendapatkannya


biarkanlah ia berlalu
mungkin terlupa
mungkin tidak mahu memberinya
mungkin sengaja melupakan
mungkin tidak mahu menghargai
mungkin terlupa dan tidak tahu apa yang mahu

kemungkinan itu banyak
tapi biarkanlah kemungkinan itu berlalu pergi
dan akan mencarinya sendiri
suatu pengharapan yang tiada sinar untuk mendaptnya
biarlah mendapatkannya sendiri

dan cari lah dengan sendiri
kerana itu lebih baik 
kerana penantian
ada jua penyiksaan di dalam diri ini......




Friday, 7 March 2014

Semester 6 Bermula..Namun ia jua merupakan penamat kepada sesuatu

Kini sudah menjangkau minggu ke-3 dalam semester 6.Sedar tak sedar aku sudah pun berada di tahun 3 dan berada pada tahun-tahun akhir.Pada semester ini,isyallah jika semuanya berjalan dengan lancar dan teratur semuanya,ia akan membawa pengakiharan kepada aku kepada sesuatu.

Jika semuanya berjalan dan berakhir dengan seperti yang aku aturkan,maka tahun ini merupakan tahun terkkhir untuk aku pergi dinner kolej dan juga dinner jabatan matematik.Nak kata sedih too,xda lah sedih sangat.Namun x mustahil lah kalau perasaan sedih itu tiada.Kita kan manusia.Normal lah kalau kita merasai perasaan sebegitu.

Mybe jua tahun terkakhir jua untuk aku tengok FESENi..Even aku nie tak da lah minat sgt minat ngan seni,tapi aku suka kepada something yang unexperted things.Bagi aku benda seperti itulah baru lah gempak.Bukan semua orang jangkakan ia akan berlaku.

Through happieness,there will something sad that left over.Mungkin aku nie seorang yang sensitif,tapi aku terasa berat untuk tinggalkan semua itu.

Dahulunya semasa di tahun 1,aku merasa lama sangat untuk menghabiskan pengajian aku nie.Namun bila masa berlalu dengan pantas dan kita sendiri tidak sedar,kita akan merasakan ia begitu pantas.Yang pahit,kita lupakan.Yang mana manis,kita simpan dan pahatkan lah ia di dalam ingatan kita ini.

Aku harap tahun-tahun terakhir ini,ia akan berlalu dengan baik dan semuanya berjalan dengan lancar sekali.Kalau nak berjaya,lalui lah jalan yang sukar dahulu.Baru lah kita mengetahui bertapa manis nya kejayaan itu.Barulah impian yang selama ini kita impikan aka berakhir dengan manis sekali...

Sunday, 2 February 2014

Menahannya merupakan suatu keperitan...meluah tidak kesampaian..

Menahan itu amat memeritakan.
tetapi diri kita ini kadang2 tidak terdaya untuk meluahkannya
tidak sanggup meluah kerana takut ada yg terluka
kita menahannya lah walaupun ia amat memeritkan


sering kali kita asyik memikirkan perasaan orang lain
adakah orang lain memikirkan soal diri kita?
pernahkah dia bertanya kepada kita ni?
pernahkah dia rasa diri mereka melakukan salah?

diri ini seolah-olah membiarkan jiwa ini yang menahan perit ituu
perit yang dirasa hanya Tuhan sahaja yang tahuu
ada sesetengah orang menyatakan mereka faham akan kita
namun itu hanya lah mampu menyedapkan hati kita ini
sejauh mana mereka faham??
sejauh mana mereka tahu perit nya?
dengan hanya kata2 lafaz 'aku hanya akan keadaan mu itu'
menyatakan sesuatu amat mudah
namun yang merasa diri ini

namun akhirnya..kita biarkan ia berlalu sahaja
memendam itu ada tahapnya...
nanti akan ada satu masa bila ia di luahkan
akan bertukar kepada sesuatu yang kita sendiri tidak mahu berlaku

memendam itu bahaya.
bila ia memendam terlalu lama
di saat diluahkan akan keluar segala benda
pada masa itu tidak ada siapa lagi yg mampu
mengubahnya lagi.
namun..untuk meluahkan tidak kesampaian
kerana diri ini amat menyayanginya...