sering kali kita ingin mengubah
bukan semua benda yang boleh diubah
ada benda sudah termaktub
yang mana sudah yang tidak boleh di ubah
contohnya...sejarah yang lama
sejarah yang paling hampir
sejarah mengenai diri kita
sejarah itu sudah tidak boleh di ubah lagi
jika mahu sesuatu,kita mesti mengubah
tapi adakah kita perlu mengubah semuanya??
tanya pada diri kita ini dulu
adakah semuanya perlu kita ubah'?
adakalanya tidak semua
hanya sedikit sahaja
namun jika mengubah itu
membawa kebaikan kepada kita
maka ubah lah
maka berubahlah kamu
berubah lah dari segi aspek
tidak perlu terus mengubah dengan segera
hanya dengan sedikit berubah
boleh membawa perubahan
besar pada diri kita ini
Jika benda tersebut diluar
kemampuan kita untuk mengubahnya
maka apakan daya untuk
kita ini yang lemah ini
yang tidak mempunyai kuasa
yang tidak mempunyai kekuatan
tapi biarlah niat di hati ini
ada timbul satu perasaan
yang mana ingin mengubahnya
maka sesungguhnya Tuhan
tahu akan niatmu itu
perubahan yang drastik
kadangkala boleh membawa kesengsaraan
tapi perubahan itu haruslah di tapis
satu demi satu
kerana akhirnya ia membawa
kesengsaraan
yang mana
ia tidak boleh diubah lagi...

No comments:
Post a Comment