Wednesday, 7 May 2014

Rahsia alam....Tioman...

Pulau yang penuh
Dengan mitos
Dan cerita-ceritanya
Namun untuk aku
Ia merupakan
Suatu perjalanan
Dan juga pengalaman baru
Mungkin tidak ramai
Berpeluang seperti aku
Jika berpeluang
Pergi lah ke sana

Di sini bukan setakat percutian
Sepatutnya kamu harus
Tahu bertapa cantik rahsia alam
Berada di tengah lautan
China selatan
Jauh daripada tanah besar
Merupakan suatu rahsia alam
Keindahan dasar laut
Kecantikan batu karang
Pelbagai jenis ikan
Yang mana bukan
Semua orang berpeluang
Jika anda dapat
Peluang untuk melihat
Anda akan
Tahu bertapa pentingnya
Kita harus menjaga keindahan
Ciptaan tuhan ini

Tidak pernahkah kita terfikir
Mengapa kita mempunyai peluang
Untuk melihat ciptaan tuhan ini
Mungkin kita fikir
Kita yang berusaha
Mencari semua itu
Namun kenapa ada
Yang sudah merancang
Dengan pelbagai cara
Mencari kaedah terbaik
Namun masih lagi tidak
Berpeluang untuk melihat

Keindahan yang ada
Di dasar laut
Seandainya kamu merenung
Kembali bertapa bertuahnya
Diri kalian untuk
Merenung dan melihat
Sendiri dengan mata kasar
Mempunyai peluang memegang
Batu karang dan pelbagai jenis ikan

Sudah bukan senang untuk kamu
Untuk pergi ke tempat sedemikian
Ini kan pula kamu
Pulang dengan selamat
Yang mana kamu
Ingin menceritakan
Kepada semua orang
Ada yang tidak dapat
Pulang dengan selamat
Mungkin mereka mempunyai
Niat tersembunyi
Yang mana kita
Sendiri tidak
Ketahui

Bagiku..biarlah
Sebanyak mana
Secantik mana
Seindah mana
Tioman itu
Peliharakanlah akan
Ia
Dan rahsiakanlah
Kecantikan jika ada
Manusia yang
Mempunyai niat tidak baik
Kerana ia merupaka
Rahsia alam yang
Perlu di lindungi
Rahsia alam..
Rahsia tioman..

No comments:

Post a Comment