Tuesday, 28 August 2012

MY 12 weeks Journal week 12


Alhamdulillah...ini merupakan minggu ke 12 yang mana saya perlu mengemaskini blog saya.Minggu ini juga merupakan minggu yang terakhir untuk mengemaskini blog dan isyallah seandainya saya mempunyai idea atau cerita saya akan berkongsi lagi di blog saya ini.Terima kasih kepada pengikut blog saya walaupun sebenarnya saya tidak mempunyai follower.Namun tidak apalah.Mungkin ada yang membaca blog saya secara diam tetapi mengikutinya.Terima kasih saya ucapkan.Pada minggu saya akan menceritakan apa yang saya lakukan pada minggu hari raya.Alhamdulillah pada tahun ini semua adik-beradik dapat balik beraya bersama-sama di kampong.Lebih-lebih abang yang mana tahun lepas dia terpaksa beraya di rumah mentuanya.Pada malam raya,kakak menelefon abang dan menceritakan apa yang saya lakukan dengan abang ipar saya.Jealous betul dia kerana tahun lepas abang ipar bawak balik mercun dengan bunga api yang banyak.Memang raya sakan budak-budak pada masa itu.Kalau sebelum ini mereka nak main bunga api pun terpaksa beli.Dah lah harga boleh di katakana mahal lah jugak.Ini apa dia,abang ipar bawak balik satu pek besar punya.Tak habis nak main kesemua api itu.Sampai budak-budak rasa bosan nak main dah.Memang dasyat lah.Mula-mula mama macam marah lah jugak abang ipar buat bawak balik bunga api.Tetapi mama kata tidak mengapalah.Raya pun bukannya selalu.Setahun sekali jew.

Kebiasaanya pada malam raya itu,papa akan memasak daging goring merah dengan gulai khemok ayam.Saya sendiri tak tahu apa kalau orang luar panggil dengan masakan itu.Dia bukaannya seperti gulai yang sememangnya pekat.Biasanya pada masa budak-budak dulu saya biasa jugak menolong papa memasak.Bukanya tolong sangat pun.Setakat kacau gulai dengan goring itulah.Kata mama,kalau nak belajar memasak dengan papa memang payah.Sebab dia akan buat mengikut gerak hati dia.Kadang-kadang bahan-bahan yang di masukkan pun berbeza dan berbeza juga jumlahnya.Mau tidak pening mak cakap.Tetapi masakan papa memang menjadi.Kadang-kadang sampai mama pun jealous dengan papa..

Selain itu,sehari sebelum raya to,pagi-pagi lagi abang ipar akan keluar pergi cari daging.Maklumlah esok kan nak raya.Memang berebut lah orang ramai nak beli daging nak buat hidangan kat rumah.Tambah-tambah lagi ramai yang balik.Memang kena beli lebih lah sikit untuk di masak nak berbuka puasa nanti.Pada tahun ini,memang saya menjadi macam anak dara duduk di dapur.Macam-macam mama suruh buat.Bukan apa,saya kesiankan mama lah.Nak masak lagi,nak kemas rumah lagi.Dari situ timbul lah perasaan kesian dengan mama.Saya kadang-kadang cakap kat mama suruh lah arif buat apa-apa.Kalau tak di suruh,memang tak buat lah.Saya kadang-kadang cemburu dengan abang ipar saya,Dia semua benda di dapur pandai.Dari memasak hingga lah nak cari barang-barang memasak.Untung kakak aku dapat suami macam to.Kalau nak menyiangkan ikan to,memang abang ipar lah yang buat.Kadang-kadang dia gelakkan kakak sebab tidak pandai.

Setakat ini sahajalah cerita saya di hari raya...


Sunday, 26 August 2012

MY 12 weeks Journal week 11


Alhamdulillah minggu 11 sudah pun berakhir.Ini juga merupakan minggu terakhir ramadhan dan seminggu lagi hari raya akan bakal menjelma.Pada minggu ini saya hanya menolong emak untuk mengemas rumah.Walaupun tidak lah bersepah sangat,tetapi emak memang macam to.Suka buat jugak walaupun sudah semua benda sudah pun kemas.Saya hanya mengikut sahaja arahan dari emak sahaja.Kadang-kadang saya juga termenung jauh.Saya terfikir sekejap sahaja cuti semester ini.Walaupun kalau di ikutkan ianya dua bulan lebih cuti,tetapi apabila di fikir balik ianya hanya lah sekejap sahaja.Puasa pun sudah pun  hendak menghampiri hujung akhirnya.

Apabila termenung jauh saya mula lah banyak berfikir perkara yang kadang-kadang mengarut.Saya pun tak tahu lah kenapa ia berlaku.Saya merasakan seolah-olah cuti ini saya tidak melakukan perkara yang berfaedah.Memang betul cakap mentor saya iaitu Puan Amrah yang mana dia menyuruh saya untuk melibatkan dalam sebarang aktiviti.Walaupun di kampong sekarang golongan muda pun sudah pun berkurangan kerana semuanya sudah pergi merantau mencari rezeki dan ada juga yang pergi belajar.Saya juga baru perasan apabila kita belajar sesuatu yang mana bukannya boleh di dapati daripada dewan kuliah ianya sebenar membantu hidup kita dan menyenangkan hidup kita semasa kita berada di alam Universiti atau lebih tepat dalam alam belajar.Ianya membuatkan diri kita ini tidak kekok untuk melakukan sesuatu.Malah ianya membantu apabila kita berdepan dengan orang ramai.Ramai orang tidak perasan perkara sebegini termasuk lah diri saya ini.Dari dulu lagi saya hanya fikir belajar sahaja yang dapat membentuk diri ini siapa diri kita.Namun tanggapan itu sama sekali salah kerana kita juga memerlukan sesuatu yang lain di dalam diri kita ini.


Saturday, 11 August 2012

MY 12 weeks Journal week 10

Alhamdulilah ini merupakan minggu 10.Tinggal hanya 2 minggu lagi dan juga tinggal lagi ramadhan ini akan meninggalkan kita.Pada minggu ini amat bermakna bagi saya kerana semua adik-beradik saya balik dan berkumpul di rumah.Bak kata abang saya Rumah Kediaman Rasmi Haji Ibrahim.Minggu ini juga Kak Long saya yang menetap di Sarawak.Walaupun begitu sukar bagi dia untuk balik ke kampong,namun dia mencuba juga mencari hari untuk pulang ke kampong.Tidak dapat di gambarkan saat berkumpul beramai-ramai.Rumah yang sebelum ini hanya sunyi sepi bertukar menjadi riuh rendah dengan suara kenakalan anak-anak saudara.Bermacam-macam kerenah budak-budak terpaksa di layan.Kalau sebelum ini hanya lah dua orang sahaja anak saudara yang sering balik,tetapi kali ini tambah lagi 4 orang anak saudara menjadikan 6 orang budak-budak di rumah.Wajah papa bertukar menjadi ceria.Walaupun dia sebenarnya kurang sihat,tiba-tiba sahaja menjadi ceria.Memang betullah kata orang emosi memainkan peranan penting.Walau seteruk mana pun penyakit tersebut,tetapi seandainya emosi berada dalam keadaan baik nescaya dia dapat melawan penyakit itu.Itu dikatakan kekuatan emosi.Ramai orang memandang remeh perkara ini.Kadang-kadang anak pada zaman sekarang tidak pernah mengambil kisah bagaimana perasaan mak ayah.Mereka merasakan dengan hanya member duit sudah cukup.TETAPI sebenarnya ibubapa ini memerlukan perhatian daripada kita sebagai seorang anak.Mereka memerlukan kasih sayang.Mereka sebenarnya rindu tetapi tak kan lah mereka hendak melafazkan ucapan sebegitu kepada kita,Kita sebagai seorang anak haruslah faham dengan keadaan mereka itu



Ini merupakan lauk berbuka puasa pada hari pertama berkumpul bersama adik-beradik.Bagi abang ipar saya pula dia sanggup balik.Walaupun doctor tidak bagi lagi dia untuk keluar dari hospital,namun dia cuba juga memperkuatkan dirinya untuk balik.Kata ayah,”abng pali balik jugak dia.Kalau tak balik kan dia rasa serba salah pulak sebab semua adik-beradik ada.Tengok-tengok dia jew yang tidak ada.Dahlah kak long jarang sekali balik”.Aku hanya senyum sahaja bila ayah kata sebegitu.Bila dah balik to,abang ipar boleh pulak dia buat gurau,”arif bawak neh kereta.Kot2 nantikan abang pali tak sedar kew??”aku ni dah lah tak pandai sangat bawak kereta auto.Boleh pulak dia buat gurau macam to.Sabor je lah dengan kerenah dia ni.

Selepas balik solat terawih,kami  4 orang adik beradik keluar makan.Aku rasa dah macam diorang ni nak keluar jew malam ni.Sebab sudah menjadi tradisi kalau semua balik,kami semua akan keluar bersama untuk berjalan-jalan atau tidak pun makan kat mana-mana.

Sekian sahaja kisah saya pada minggu ini.Saya harap apa yang berlaku pada minggu akan terus berkekalan selama-lamanya.

Wednesday, 8 August 2012

QUOTES FROM READER'S DIGEST



MY 12 weeks Journal week 9

Alhamdulillah ini merupakan MInggu ke 2 di dalam bulan Ramadhan.Pastinya ramai antara kita melalui saat manis bersama keluarga tidak kira di kampong mahupun di Bandar.Ternyata berpuasa di rumah lebih seronok berbanding berpuasa di Universiti.Bukan hendak menidakan bahawa berpuasa di Universiti tidak seronok tetapi kebanyakan mak ayah inginkan anaknya berada di samping mereka lebih-lebih lagi saat berbuka puasa.Betul cakap Kak Elin hargailah saat dan masa bersama keluarga pada bulan puasa ini kerana pada zaman beliau belajar kebanyakan beliau akan berpuasa di Universiti.

Kebanyakan antara kita banyak menghabiskan masa di rumah dengan menonton television ataupun tidur.Tetapi bagi saya masih memerlukan kawan untuk bergaul walaupun hanya sembang kosong sahaja.Jika  di pandang seolah-olah membuang masa tetapi bagi sesetengah orang itulah hakikatnya.Mereka memerlukan masa bersama kawan kerana mereka akan merasa cepat bosan jika hanya menyendiri di rumah.Walaupun di rumah adik-beradik sudah ramai,tetapi mereka merasakan bersama kawan lebih gembira.

Pada minggu ini kebanyakan masa hanya menolong emak untuk mengemaskan rumah.Walaupun hanya mengelap dinding,tetapi kita harus sedar bahawa perkara sebegitu lah akan mengajar kita untuk melakukannya di tempat lain lebih-lebih lagi ketika di asrama.Hal ini di sebabkan saya sangat percaya dengan menolong mak ayah kita sebenarnya telah melatih diri kita ini untuk melakukan kerja-kerja rumah kerana pada masa akan datang kita pulak akan menjadi ibu bapa.Jika kita tidak cuba untuk menolong,pastinya kita akan kekok pada masa akan datang kerana tidak tahu untuk melakukan kerja-kerja rumah ini.

Saturday, 4 August 2012

MY 12 weeks Journal week 8

Alhamdulillah ini merupakan minggu kelapan.Sekejap sahaja masa berlalu dengan pantasnya.Pada masa sekarang juga merupakan telah masuk Bulan Ramadhan Al-Mubarak.Sedar tak sedar saya mempunyai satu perangai di mana saya mudah untuk meniru gaya seseorang dan dengan senangnya membuat konklusi sendiri daripada hanya pemerhatian.Sedangkan saya harus membuat soal selidik dahulu.Memang betul satu peribahasa orang Inggeris mengatakan “don’t judge books by its cover”.Contohnya jika seseorang memakai hanya pakaian seperti orang lain,mesti tidak logic bahawa dia seorang Jutawan kerana dalam pemikiran kita bahawa orang Jutawan haruslah segak.Namun kita harus mengambil iktibar bahawa ada sesetengah orang lebih suka “humble” daripada berlagak di hadapan orang ramai.Selain itu,jika sesuatu idea ataupun pendapat di utarakan oleh seseorang,saya akan membandingkan dengan pendapat orang lain untuk mencari perbezaan antara-antara pendapat tersebut.Dengan itu,saya boleh memperbaiki idea yang mana terdapatnya kelemahan.

Pada minggu ini juga saya tertarik dengan satu artikel di dalam majalah Reader’s Digest yang mengisahkan seorang wanita yang cuba untuk menyelamatkan gajah di Thailand.Sesemasa beliau datang ke Thailand,dia amat terkejut di pasang rantai dan di paksa untuk menarik balak di hutan.Kebanyakan aktiviti pembalakan yang menggunakan gajah ini adalah pembalakan secara haram.Oleh sebab timbul perasaan kesian wanita tersebut berusaha untuk membuka satu kawasan yang mana gajah boleh hidup dengan tanpa gangguan.Idea beliau seperti membuka zoo tetapi ia berkonsepkan tempat semula jadi.Beliau inginkan gajah-gajah yang dilindungi itu seolah-olah berada di dalam tempat semula jadinya.Bermula hanya dengan niat untuk membuka tempat perlindungan sahaja,ia telah bertukar sebagai salah satu tempat pelancongan yang mana terdapat aktiviti bersama gajah.Orang luar boleh melihat dengan dekat aktiviti gajah dengan lebih dekat tanpa perlu takut senandainya gajah tersebuat naik angin.

Pada masa yang sama,saya belajar daripada satu visual yang mana sekiranya perubahan yang kita cuba lakukan itu hanya menguntungkan kepada pihak kita sahaja,pasti akan tampil orang lain yang cuba memperbaiki keadaan tersebut.Sebelum sesuatu perubahan yang kita ingin lakukan,kita haruslah memikirkan keadaan sekeliling.Adakah ia membawa kebaikan atau hanya mendatangkan keburukan kepada orang lain sahaja..Kita harus ingat bahawa Allah sentiasa melihat perbuatan dan tindakan yang kita lakukan.

Minggu ini kebanyakan masa saya habiskan bersama kawan-kawan.Tambahan pula minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum puasa.Seandainya saya hanya berkurung dan hanya duduk di rumah,saya merasakan diri ini sangat tertekan.Pemikiran saya juga akan menjadi bercelaru.Saya merasakan diri saya ini perlu bersama kawan-kawan baru banyak perkara yang baru dapat kita belajar.Tidak perlu lagi kita membuka buku untuk belajar sesuatu kerana pengalaman yang kawan-kawan kita lalui tidak ada tidak di dalam buku.

Tuesday, 17 July 2012

MY 12 weeks Journal week 7

Salam.Ini merupakan minggu ke 7 dan berbaki lagi 5 minggu lagi untuk menamatkan 12 weeks journey ini.Kita merupakan merupakan seorang manusia yang lemah dan sentiasa perlu membaiki diri agar bertambah potensi dalam diri ini.Sesungguhnya nasib seseorang itu berbeza dan tidak sama antara satu dengan yang lain.Barangkali kita merasakan diri ini sungguh tidak bernasib baik dan orang lain yang lebih bernasib baik.Namun begitu,kita tidak sedar bahawa di sebalik wajah ceria yang mereka lontarkan itu terselit satu penderitaan yang kita sendiri pun tidak mengetahuinya.Kadang kala mereka sengaja menunjukkan wajah ceria itu untuk menyembuikan penderitaan mereka itu.Sebagai seorang manusia yang beriman,kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada pada waktu sekarang.Tidak semestinya yang kita harapkan itu baik untuk kita dan jika jatuh dan tersungkur jangan pula berputus asa untuk bangkit semula.

Kita juga sering kali ingin mengubah sesuatu untuk kebaikan orang lain pada masa hadapan.Tetapi seandainya cara yang kita lakukan itu tidak relevan dengan apa yang bakal kita lakukan,maka walaupun sebagus mana kita sekalipun kita cuba dan usaha ia tidak akan Berjaya.Hal ini demikian kerana kita haruskan memikir daripada semua aspek sebelum sesuatu keputusan itu di lakukan.Pada masa yang sama,jika cara yang kita lakukan itu bukan pada jalan yang betul,pastinya penamatnya tidak akan menghasilkan kejayaan.

Pada minggu ini au hanyalah pergi berkelah sahaja di Sekayu bersama kawan-kawan lama semasa sekolah dahulu.Kadangkala aku merasakan seolah-olah malas untuk pergi.Namun begitu aku berfikir balik bahawa lebih baik aku pergi daripada aku duduk sahaja di rumah.Dapat juga aku melihat dunia luar dan explore perkara baru.Selain itu,saya dapat mendengar khabar dan perkara baru daripada kawan-kawan lama.Hal ini demikian kerana mereka memilih jalan yang berbeza dan dugaan yang terpaksa mereka lalui itu mestilah juga berbeza.Kadang-kadang kawan-kawan kita ini ingin mencari tempat untuk meluahkan perasaan.Bukanya mereka tidak suka untuk meluahkan perasaan pada ibubapa mereka,tetapi mereka lebih selesa dengan kawan-kawan.Mereka inginkan pendapat dan pandangan daripada kawan-kawan mereka itu.Apabila perasaan itu diluahkan,perasaan stress dan tekanan yang di alami itu hilang buat seketika.

Saturday, 30 June 2012

MY 12 weeks Journal....week Number 5

Saya mintak maaf sangat kerana lama sudah tidak upadate blog ini.Mungkin saya ini terlalu menangguhkan kerja ini sedangkan kerja ini hanyalah simple sahaja untuk dilakukan.

Ini merupakan minggu kelima daripada 12 week journey yang saya update di blog ini.Isyallah minggu-minggu yang sebelum ini saya akan upadate semula.Minggu ini merupakan minggu yang sangat istimewa bagi saya kerana minggu ini saya sudah berada di kampong.Melihat raut wajah kedua ibubapa merupakan saat yang paling indah.Apa yang saya belajar pada minggu ini???Sebenarnya saya merupakan seorang yang pemalu untuk menyuara kehadapan.Namun setelah perasaan itu saya cuba dan saya cuba untuk menghadapinya,ianya hilang begitu sahaja.Mungkin itu merupakan malu untuk kali pertama dan yang terakhir.Apabila kita cuba untuk menghadapinya dengan niat yang baik,Isyallah kita dapat melalui perasaan itu dengan baik.

Seperti saya beritahu tadi saya berada di kampong.Banyak masa habiskan di kampong ini namun saya manfaatkan masa tersebut dengan menghadiri kuliah magrib.Apa yang saya belajar semasa menghadiri kuliah tersebut adalah seorang lelaki juga perlu mengetahui mengenai perempuan iaitu haid.Mungkin ada sesetengah orang merasakan itu merupakan suatu perkara yang malu untuk belajar.Namun seandaianya diri anda seorang lelaki,anda juga perlu tahu serba sedikit kerana anda akan menjadi ketua keluarga.Anda yang akan membimbing isteri anda bukan isteri yang membimbing anda.Cuba renung-renungkan diri anda.Setakat mana dah anda bersedia??

Selain itu,saya belajar satu perkara daripada buku “Doktor Umum” karangan Tun Dr.Mahathir Muhamad.Walaunpun saya belum habis lagi baca buku ini,saya tertarik dengan isi yang di sampaikan oleh beliau.Pertama sekali,kita seharusnya bangga dengan siapa diri kita.Walaupun seteruk mana diri kita,kita harus bangga dengan apa yang kita ada sekarang meskipun kita jauh ketinggalan dengan orang lain.Bukan seharusnya kita memandang kelemahan diri kita ini,namun kita cuba baiki kelemahan yang ada dan cuba atasinya.Jangan sesekali mengaku kalah dengan mudah.Cuba buat sehabis baik setakat mana kita mampu lakukan dan minta lah pertolongan daripada Allah Taala.

Masa yang terluang banyak saya habis dengan menonton drama GOKUSEN yang mengisahkan seorang guru yang berhati cekal untuk membimbing anak muridnya.Pelbagai usaha beliau lakukan.Saya amat tertarik dengan penyataan beliau yang mana saya sanggup buat apa sahaja untuk melindungi anak murid nya kerana beliau meletakkan kepercayaan 100% kepada anak muridnya.Mungkin betul tindakan cikgu itu kerana apabila kita meletakkan kepercayaan dan percaya setiap yang berlaku itu mempunyai sebab,orang lain akan meletakkan satu perhormatan yang tinggi kepada kita..

Seperti biasa saya di tugaskan sebagai menjadi bilal di surau.Kebiasaannya selepas kuliah magrib,orang akan menyuruh saya untuk melaungkan azan.Namun apa yang terjadi pada minggu ini,emak saudara saya telah menyuruh saya untuk melaungkan azan sebelun dia turun untuk mengerjakan umrah.Emak saudara meletakkan kepercayaan kepada saya untuk melaungkan azan sedangkan ada sahaja anaknya yang lebih layak untuk melakukannya.Saya mula terfikir inilah balasannya seandainya kita menonjolkan suatu perbuatan yang baik kepada orang lain.Mereka akan merasakan diri kita boleh untuk melakukannya walaupun saya pada mulanya merasakan tidak boleh untuk melakukannya.

Sunday, 10 June 2012

MY 12 weeks Journal....week Number 1

Saya tidak sempat untuk meletakkan perihal yang berlaku pada sesi coaching ketiga iaitu WHEAL OF Life kerana buku tersebut berada di tangan Puan Amrah.Namun begitu,saya tetap teruskan dengan Journal baru saya iaitu My 12 weeks Journal dan ini merupakan minggu pertama..

Pada minggu ini merupakn minggu peperiksaan di Universiti Malaya.Masing-masing sibuk dengan perihal masing-masing untuk mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan yang bakal di hadapi.Kebanyakan masa di habiskan dengan mengulang kaji pelajaran sehingga ada yang berada di perpusatakaan dari pagi hingga lah malam hari.Mungkin merupakan usaha di saat akhir yang mungkin dapat membantu diri masing-masing untuk menghadapi kertas soalan nanti.

Ada dalam kalangan kawan saya yang mana carry mark mereka tidak lah tinggi.Jadi mereka telah meletakkan satu semangat baru di saat akhir untuk berkorban waktu bermain,waktu bersuka ria untuk mentelaah pelajaran.Mereka telah meminta bantuan daripada saya untuk mengajar dan memberi penjelasan balik mengenai sesetengah topik yang mereka tidak faham.Pada mulanya saya merasakan seolah-olah masa saya akan membazir dengan banyaknya kerana topik mereka suruh ajarkan itu telah pun saya faham.Namun saya memandang atas dasar tolong kawan dan saya merasakan saya perlu berkorban sedikit masa untuk membantu setakat yang saya mampu untuk saya ajarkan.Ajaibnya topik yang saya faham itu masih terdapat kesilapan pemahan yang saya fahami dan alhamdulillah saya dapat memperbetulkan ianya semula.Ini dikatakan berkat mengajar kawan.

Pada masa yang sama,saya telah terbaca satu artikel yang menarik di dalam reader digest.Terdapat 5 artikel yang menarik yang menyatakan 5 jenis buah yang mungkin dapat menyelamatkan dunia yang mana salah satu daripada buah tersebut ialah buah pisang.Hal ini kerana buah tersebut merupakan salah satu buah terpenting di Saharan Afrika yang menjadi salah satu sumber pendapatan terpenting di tempat tersebut.Pada tahun 2001,tanaman pisang telah di serang dengan sejenis penyakit yang bernama banana xanthamonus wilt(BXW).Terdetik di hati saya bahawa jika kita terlalu bergantung pada suatu benda untuk menjana pendapatan sebenarnya kita telah meletakkkan diri kita pada keadaan tidak selesa.

Selain itu,saya telah menonton satu video yang mana mengisahkan bahawa Islam tidak ada perantaraan kita dengan Tuhan.Apa yang menariknya penceramah itu mengatakan bahawa kita janganlah sesekali berputus asa  dan kecewa dengan rahmat Allah.Ini menunjukkan bahawa kita perlulah sentiasa berharap dengan pertolongan Allah dan janganlah sesekali berputus asa senadainya kita gagal.Ini menunjukkan kita perlu bangkit semula kerana setiap kegagalan itu terdapatnya hikmah yang kita sendiri tidak ketahui apa yang kita akan dapat daripadanya.

Seperti mana saya nyatakan bahawa tadi minggu ini merupakan minggu peperiksaan.Jadinya terdapat seorang yang meminta pertolongan daripada saya untuk mengajarnya sesetengah topik yang dia tidak faham.Pada mulanya saya merasakan saya banyak menghabiskan masa untuk mengajar topik yang mana dia tidak faham dan topik tersebut telah pun saya faham.Setelah beberapa hari saya mengajarnya,saya merasakan banyak juga topik telah pun saya cover secara tidak sedar.Mungkin inilah di katakan bahawa janganlah sesekali kita kedekut untuk berkongsi ilmu dan menolong orang.Terlintas di hati saya bahawa bukan senang untuk mengajar orang dan tidak hairanlah kenapa Islam juga menaikkan martabat seorang GURU.

Sekian....

Wednesday, 30 May 2012

360 Fedback Exercise

Sesi coaching seterusnya ialah untuk mengenal S.W.O.T yang mana:

S  => strengths
W=> weaknesses
O=>opportuities
T=>treaths

Pertama sekali puan amrah telah menyuruh kami mencari pasangan masing-masing dan berbincang mengenai S.W.O.T ini bersama pasangan masing-masing.Ini adalah bertujuan untuk mengetahui setakat mana anda dapat mengenali diri anda masing-masing dan menganalisis mengenai diri anda.Selain itu,anda juga mengetahui apa yang ada pada diri orang lain dan anda dapar melihat sendiri adakah apa yang dikatakan olehnya itu sama dengan apa yang dia lakukan.Macam seperti abang Amirul katakan ialah 'How you do anything is how you do anything.

Selepas sesi coaching tersebut,kami telah di suruh untuk melakukan satu feedback exercise iaitu menghantar email kepada orang yang kita rapat agar mereka dapa memberi pendapat mengenai kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri kita ini.

Selepas menghantar email kepada kawan-kawan,saya terkejut dengan apa yang mereka katakan kepada saya.Salah seorang daripada kawan saya mengatakan bahawa saya adalah seorang tidak sombong untuk berkongsi ilmu yang ada pada diri saya ini.Dia menyatakan bahawa saya mempunyai kepandaian dan saya tidak kedekut untuk berkongsi kepandaian tersebut dengan orang ramai.Pada masa yang sama,dia menyatakan bahawa saya adalah seorang yang memimpin tetapi memimpin dengan secara diam-diam yang mana saya boleh memimpin untuk masa depan saya.Saya amat terkejut dengan penyataan beliau itu dan merasakan adakah ini diri saya??Kerana saya tidak pernah terfikir sebelum ini.Manakala kelemahan yang ada pada diri saya ini adalah saya tidak begitu aktif untuk menglibatkan diri bersama orang ramai.Maknanya saya kurang bergaul dan tidak cuba aktif bersama mereka.Selain itu,saya juga mempunya perasaan malu untuk menyatakan pendapat dan tampil kehadapan.

Setelah melihat apa yang ada pada diri saya ini,saya cuba untuk memperbaiki diri dan cuba untuk menonjol kehadapan.Saya juga merasakan kekurangan yang ada pada diri saya ini ialah general knowledge yang kurang.Hasilnya saya tidak dapt untuk memberi idea dan tidak mempunyai banyak idea untuk berbahas di hadapan.




Sunday, 20 May 2012

Kenangan di Rumah anak Yatim BAITUL HASANAH

Pada hari ini aku telah menyertai satu lawatan ke rumah anak yatim yang terletak di Klang.Ini merupakan pengalaman pertama aku pergi menjenguk dan melihat sendiri keadaan anak yatim.Mengikut pengarah program ini,kita ke sana untuk menjenguk mereka dan cuba untuk memberi semangat dan kata perasan kepada mereka.Aku tidak dapat melepaskan peluang ini yang hanya datang sekali-sekala sahaja.Ini bertepatan dengan matlamat aku untuk cuba membaiki soft sklill dan cara aku berinteraksi dengan orang ramai.Pada kali ini aku akan berhadapan dengan kanak-kanak.

Perjalanan kami bermula selepas zohor dan mengambil masa hampir satu jam untuk sampai ke sana.Sepanjang perjalanan aku banyak tidur dan terkejut apabila sampai ke tempat rumah anak yatim tersebut.Sungguh ku tidak sangka tempat mereka begitu baik sekali.Sekali pandang seperti rumah kondominium pun ada terdetik hati aku.Aku merasakan bertuah betul anak-anak yang dapat tinggal di rumah ini.Setelah tiba di sana,kami di berikan sedikit penerangan daripada ketua fasilitator kami.Rupa-rupanya anak-anak yang berada di Baitul Hasanah itu ada juga ibubapa yang bercerai dan juga anak yatim.Aku ini seorang mudah untuk merasa sedih dengan keadaan orang yang susah yang mana mereka tidak senasib dengan aku,Aku merasakan sungguh bersyukur dengan keadaan aku sekarang.Betul lah kata mak aku bahawa apabila kita berada di atas atau sudah berjaya,jangan lupa untuk melihat orang di bawah kita yang mana mereka tidak senasib dengan kita.

Mengikut ketua fasi kami,kebanyakan anak-anak atau aku lebih mesra panggil mereka itu adik lah,prestasi pelajaran mereka tidaklah begitu baik.Jadinya,ketua kami mahukan kami untuk memberi semangat dan cuba bermesra dengan mereka itu.Kami telah di bahagikan mengikut kumpulan dan setiap satu kumpulan akan terdapat 3 orang fasi.1 lelaki dan 2 perempuan.Mula-mula aku merasa seperti senang untuk menguruskan adik-adik ini,rupa-rupanya bukanlah suatu kerja yang mudah,Nasib baik lah ada kawan aku itu boleh mengambil perhatian mereka.Mula-mula sekali aku tengok adik-adik ini seolah-olah malu untuk malu untuk bercakap dengan aku.Tapi aku cuba untuk menyesuaikan diri aku dengan mereka semua.Aku cuba bertanya kan nama mereka,apa mereka selalu main petang.Tiba-tiba aku terlintas kenapalah kami tidak membuat program bermain contohnya bermain bola sepak.Tentu sangat menarik.

Setakat ini sahaja cerita pengalaman aku di rumah anak yatim itu.Sekian..




Friday, 11 May 2012

MY GOAL.......

Matlamat utama saya menyertai program Sahabat SERU ini adalah untuk menambahkan lagi soft skill ataupun keyakinan untuk berhadapan dan bercakap di khalayak ramai.Mungkin sewaktu sekolah dahulu,saya kurang menyertai aktiviti di sekolah.Pada masa itu,saya malu untuk berdepan dan make new friend.Saya merasa kurang yakin untuk berkawan dengan orang yang lebih pandai.Saya merasa takut kerana mereka  mungkin akan memandang rendah terhadap diri saya ini,

Seperti saya cakap tadi,tujuan utama saya menyertai program Sahabat SERU adalah untuk meningkatkan keyakinan di dalam diri untuk bercakap di hadapan dan juga yakin untuk berdepan dengan orang ramai.Apa yang Puan Amrah cakap,untuk membentuk keyakinan tersebut memerlukan masa dan juga usaha kita sendiri.Contohnya pendekatan awal untuk memberi idea ataupun cadangan di dalam mesyuarat,Maksudnya biar diri kita bersuara,Gunakan hak untuk bersuara.Selain itu,untuk menambahkan lagi keyakinan untuk bercakap di hadapan,kita perlu mempersiapkan diri kita ini dengan pelbagai ilmu pengetahuan.Bukan sahaja ilmu yang kita belajar di dalam bilik kuliah,malahan kita juga perlu ada ilmu lain.Islam juga menyuruhk kita untuk menuntut ilmu.Tidak mengira apa jua ilmu,asalkan ia berguna kepada diri kita.Dengan adanya ilmu yang kita ada itu,kita akan yakin untuk bercakap di hadapan.Pada mulanya saya merasakan seolah-olah saya ini sudah terlambat untuk memperbaiki kelemahan yang ada ini,Namun begitu,saya merasakan tidak salah bermula dari awal.Ianya lebih bagus daripada kita tidak mengambil usaha langsung untuk memperbaiki kelemahan ini.

Walaupun pelbagai usaha yang kita buat,jangan kita sesekali lupa kepada Allah yang Maha Esa itu kerana tanpa keberkatan-NYA,semuanya hanyalah sia-sia sahaja.Percaya pada diri anda bahawa,DENGAN NIAT YANG IKHLAS DAN KITA INGINKAN GUNANYA UNTUK KEBAIKAN,ALLAH AKAN SENTIASA BERADA DI SAMPING KITA.







Sunday, 6 May 2012

Second Sesion of coaching

Pada  30 April 2012 merupakan sesi coaching yang kedua bersama Puan Amarah.Pada kali ini sesi ini telah di buat di tepi tasik varsiti atas permintaan semua orang.Sesi pada petang tersebut membincangkan semula Matlamat yang ada pada setiap ahli sahabat Seru.Seorang demi seorang ditanya oleh Puan Amarah "apa matlamat  anda".Kami juga membincangkan juga cara dan juga halangan yang ada untuk mencapai matlamat tersebut.

Matlamat saya adalah untuk meningkatkan keyakinan untuk bercakap di hadapan khalayak ramai.Hal ini demikian kerana saya akan tergagap atau tiba-tiba tidak ada idea untuk bercakap apabila di suruh bercakap di hadapan.Nasihat Puan Amarah adalah supaya cuba atau memberanikan diri anda untuk bercakap di hadapan.Seandainya jika berada di dalam mesyuarat,cuba untuk lontarkan idea ataupun pandangan semasa sesi mesyuarat itu di jalankan.Ini merupakan matlamat yang boleh di gapai dalam sekelip mata dan ianya perlulah bermula dari bawah.Step by step...

Pada minggu tersebut juga saya mempunyai posmortem projek dan mesyurat di surau.Saya telah berniat untuk cuba bercakap atau pun untuk melontar idea.Semasa postmorterm di jalankan,saya telah mewakili ketua biro saya untuk bercakap di hadapan.Saya juga memberi peluang kepada sahabat yang lain untuk bercakap di hadapan.Tetapi mereka seolah-olah memaksa saya untuk bercakap.Saya telah siapkan sedikit nota kecil untuk digunakan semasa bercakap agar tidak idea yang tertinggal semasa bercakap ataupun lupa mengenai idea yang ingin di bahaskan.Bagi mesyuarat surau pula,pengerusi surau telah memberitahu agenda mesyuarat adalah untuk membincangkan jawatankuasa bagi sesi tahun hadapan.Pada mesyuarat tersebut saya hanyalah menyokong idea mengenai calon-calon yang bakal menjadi ahli surau pada tahun hadapan.

Pada masa yang sama,saya juga telah menghadiri perjumpaan pelajar lepasan PASUM.Saya amat terkejut kerana semua bekas pelajar yang hadir itu semuanya dah berusia semuanya.Boleh dikatakan ada yang berpangkat datuk.Saya berasa teramat segan kerana berada dalam kalangan orang yang telah berjaya dalam hidup mereka.Kebanyakan mereka merupakan lepasan PASUM dan juga UM.Ada yang telah berusia 50 lebih.Saya dan kawan saya sahaja yang paling muda.Boleh dikatakan pangkat anak..Semasa perbincangan di lakukan,kawan saya telah berani untuk melontarkan pendapat tetapi saya berasa amat segan untuk bercakap.Mungkin salah satunya saya kurang faham dengan apa tajuk yang mereka bahaskan.Mereka semua bukan calang-calang orang.Ada yang IR engineer dan ada juga yang telah di beri gelaran Datuk.

Mungkin semasa sesi postmortem projek dan mesyuarat di surau lain kerana semasa sesi tersebut kebanyakannya saya kenali.Bagi sesi perjumpaan bersama lepasan pelajar PASUM,kebanyakan mereka merupakan profesional dalam bidang masing-masing.Saya berasa amat takut untuk memberi pendapat takut di pertikai oleh mereka.Tetapi satu sahajalah mereka katakan bahawa Penguasaan Bahasa Inggeris amat penting jika kamu ingin mencari kerja nanti

Friday, 27 April 2012

Minggu pertama Coaching Sesion

Pada hari isnin 23.4.2012 merupakan hari pertma coaching sesioan.Pada hari tersebut coach kumpulan kami iaitu Puan Amrah telah memberi sedikit taklimat sebelum sesi coaching di mulakan.Kami telah di suruh untuk mencari pasangan masing-masing untuk membincangkan 5 golden rules.

Pada sesi tersebut,saya telah banyak bertukar idea dan mengetahui idea yang baru.Pasangan saya tersebut mempunyai karakter yang sama seperti saya walaupun ujian persenoliti test tidak menunujukkan kami berada pada kategori yang sama.Dia inginkan memperbaiki atau meningkat keyakinan diri lebih-lebih lagi soft skil.

Sebelum itu,saya terlupa untuk memberi tahu mengenai apa yang Puan Amrah inginkan daripada sesi tersebut.Antara sebab kenapa Puan Amrah membuat aktiviti tersebut adalah untuk membuat persediaan awal untuk menghadapi orang lain.Maksud saya ialah sekiranya terdapat kawan kita yang datang dan bertanya pendapat daripada kita,maka kita telah bersedia untuk menghadapinya.

Seandainya kawan kita mengetahui bahawa kita adalah Sahabat Seru,maka mesti mereka ingin mengetahui serba sedikit mengenai Sahabat Seru dan peranannya.Jika kita tidak bersedia untuk menjawab sebarang persoalan,maka mesti orang akan merasakan 'betul ke dia ni sahabat seru?'..

Pada minggu ini juga saya telah belajar erti tanggungjawab di mana minggu ini saya sibuk dengan projek.Pada masa yang sama,test juga ada.Tekanan ataupun pressure sangat saya rasa.Walaupun begitu,saya berpegang dengan prinsip di mana,mana yang penting kita dahulukan.Isyallah dengan niat yang ikhlas,Allah akan menolong kita.Pada mulanya saya tidak yakin bukannya tidak yakin dengan janji Allah,tetapi merasakan diri ini tidak bersedia untuk menjawab soalan test tersebut.Namun begitu,Allah itu Maha Adil dan Maha Berkuasa.Allhamdullillah saya telah dapat jawab dengan baik walaupun ada jugak soalan yang tidak dapat daya jawab dengan baik..

Saturday, 21 April 2012

My journey

Alhamdulillah...

Blog yang seperti mana Abang Amirul dan Kak Elin suruh lakukan telah berjaya...:)