Saturday, 13 April 2013

Kampung ku Pulau Rusa namanya...


Sering kali apabila aku terasa macam tidak ada semangat,aku terasa ingin pulang ke kampong.Kalau aku tidak ada semangat untuk belajar,aku akan terfikir kan kampong aku.Bukan kenapa,di sinilah tempat aku mencari semangat baru untuk terus melangkah ke hadapan.Bunyi macam pelik,tapi hati aku dengan kampong aku ini meninggalkan seribu satu kenangan.Kalau orang baca ni,kata aku ni jiwang lah.Tapi dari zaman sekolah lagi,aku selalu pulih semangat aku di sini.Mesti  ada yang kata ko dapat semangat daripada mak dan ayah kau.Tapi aku sebenarnya mendapat semua itu dengan melihat balik keadaan kawan-kawan aku sekarang.Ada yang tidak mampu untuk meneruskan pelajaran.Ada yang tidak menamatkan persekolahan.Macam perangai manusia aku lihat.Kalau aku terfikir benda ini,aku akan reflect balik pada diri aku ini.Aku ni sangat beruntung kerana dapat masuk university.Dapat biasiswa lagi.Tapi kawan-kawan aku di sini,ada mereka itu kesusahan untuk meneruskan pelajaran.Kadang-kadang aku tengok mereka seolah-olah ingin terus bekerja dan tidak mahu lagi belajar.Mungkin tidak ada orang yang ingin menasihatkan mereka tapi kalau aku fikirkan balik,ada hikmah di sebalik semua itu.Kalau mereka pergi belajar,makin susah lah mak ayah mereka pikirkan duit untuk menampung pelajaran.Walaupun sekarang ada pelbagai pinjaman,tapi  kalau mereka rasa tidak mampu,buat apa.Makin menyusahkan mereka lagi ada la...

Mungkin betul cakap mak,diorang tak boleh pergi dalam bentuk pelajaran macam keluar masuk kelas,tapi mereka mahir dalam kemahiran contohnya baiki mutor,wiring rumah orang.Oleh sebab itulah,kembalinya aku di kampong setiap kali cuti,aku cuba untuk mencari semangat baru.Setiap kali balik ke kampong,mesti ada cerita baru.Nasib baik lah kawan-kawan lama masih ada walaupun kebanykan mereka sudah tiada di kampong kerana membuat haluan masing-masing.Contact diorang pun aku payah cari.Maklumlah orang kampong.Lepas sekolah rendah,terus lost contact..

Di sini lah aku melihat ada orang yang hidup dalam kesusahan dan aku belajar kerana aku melihatnya dengan sendiri dan aku berkawan dengan mereka itu.Kadangkala aku melihat mereka itu segan dengan aku tapi aku ni bukanlah daripada keluarga yang senang tapi sederhana sahaja.Walauapa pun,kata mak,jangan lah sombong sebab tak ke mana kalau kita lupa asal usul.Aku  melihat sendiri orang yang lupa asal usul tapi akhir sekali,kembali pada asal usulnya jua.

Walauapapun berlaku,kampungku merupakan tempat aku mencari semula semangat aku untuk terus belajar.Ia juga sebagai pendorong bagi aku untuk terus belajar.Tidak kisah lah kalau orang kata aku ni jiwang,tapi aku tetap jadikan tempat kampungku sebagai tempat aku mencari ketenangan.Tempat ini lah aku belajar erti kehidupan dan merupakan suatu pengalaman yang aku gunakan semasa di university.Sebab banyak perkara yang berlaku,aku telah lihat dan Cuma perlu mengambil jalan yang betul untuk aku lalui.Itu sahaja....

Tuesday, 9 April 2013

senang orang kita tak tau, susah orang lagi kita tak tau..


Part 1

Kesenangan merupakan sesuatu semua orang inginkan dan tentu sekali kesusahan adalah perkara yang orang tidak mahukan di dalam hidup ini.Tetapi kenapa wujud kedua-dua perkara itu di dalam hidup kita ini.Pernah kita terfikir kesenangan orang dan juga kesusahan orang.Diri kita sendiri ini,senang ke kita rasa atau kita rasa kita tengah susah.???Kenapa kita sendiri tidak bertanya pada diri kita ini.??Tak salah kan kalau kita bercakap dengan diri kita sendiri??Tidak kisahlah kalau orang kata kita ini gila.Tapi cakap orang sahaja yang kata diri  kita ini gila tapi kita tahu bahawa kita tak gila.Mereka sebenarnya tak tahu bahawa kita sedang melihat balik apa yang ada pada diri kita ini.Katakan lah mereka nampak kita sedang bercakap seorang diri,sudah pastinya mereka akan ingat kita ini sedang membuat sesuatu yang mengarut.Kalau kita cuba bertanya balik pada diri kita ini,kita pastinya pernah merasa kesenangan dan juga kesusahan.Kadangkala kesusahan itu yang datang dahulu barulah kesenangan itu akan muncul.Tetapi ada juga kesenangan yang datang dahulu yang kesenangan itu datang dengan pakej yang mana ia ingin melihat sama ada kita pandai ataupun tidak menggunakan kesenagan itu.Saya pernah membaca,mendengar,melihat orang yang begitu senang,namun mereka kembali kepada kesusaha.Ada yang menyatakan,mereka sudah puas hidup senang.Duit bukannya boleh bawa mati ataupun teman di dalam kubur.Kadangkala mereka memberi semua harta itu kepada orang lain.Kadangkala orang bukan Islam pun buat perkara seperti itu.Kenapa mereka buat semua itu ???Kita tidak pernah terfikir ke kenapa orang bukan Islam juga buat perkara seperti itu.Ada antara mereka itu hanya hidup di hutan dan makan sekadar cukup untuk satu hari dan keesokannya mereka pergi mencari makanan itu.Walaupun pada awalnya mereka itu hidup senang..Pernah tak kamu terfikir???Persoalannya kenapa mereka dari senang ingin hidup sederhana sahaja.Ini hanyalah permulaan bagi tajuk yang ingin saya sampai kan.Saya share balik dalam part 2…



Sunday, 7 April 2013

Renungan bersama

Waktu kecil,
saya tak tahu apa nikmatnya punya sebuah keluarga,
hingga bila besar,
saya bertanya bila pula masa untuk saya berkeluarga.

Bila mereka hidup, biar ditaati.
Bila mereka pergi, sedekahkan kalimah Ilahi.

Masihkah diingat,
saat kau baru tumbuh gigi,
riangnya hati ibu seolah kau sudah mampu berlari,
gembiranya di hati tak akan kau kecapi.

Masihkah diingat,
saat kau mampu berjalan,
girangnya hati ayah tetapi dirahsiakan,
dalam rahsianya ada wajah kesyukuran.

Masihkah diingat,
saat kau bakal berjauhan,
sedihnya hati ibumu tetap disorokkan,
supaya dirimu tak pernah keruan.

Masihkah diingat,
saat kau tidak punya wang belanja,
ayahmu memberi apa yang ada,
agar pelajaranmu bakal sempurna.

Bagimu,
itu tanggungjawab mereka,
kau tanggungan mereka,
maka,
ini semua tiadalah apa-apa.
Tapi,
jangan dilupa,
apa balasmu,
agar tak pernah cuba derhaka.

Bila sesal ia tak berubah,
masa yang pergi tak mungkin berpatah,

Bila yang mati itu telah pergi,
hanya menunggu masa kembali,
selagi mereka hidup kucuplah hari hari,
jangan dipersiakan masa yang diberi.

Siapa tahu bila mereka pergi,
jatuh air mata kerana dirindui.

Sedar mereka tak akan kembali.

Thanks sekali lagi dan lagi, :O


specilly thanks to this blog:

http://www.learntobetheperfectsecretadmirer.my/2013/04/rantaian-kasih.html