Saturday, 20 July 2013

Bila abang balik,teman lepak dengan dye..

Biasanya kalau dahulu abang aku balik,sebab nak jumpa papa dan mama.Tapi dia cakap one day dia akan balik kat kampung jumpa papa dan mama plus ada something dye nak buat di Terengganu.At least dye cakap balik ke kampung bukan semata jumpa mak ayah sahaja tapi ada benda dye boleh buat.Aku ingatkan semua itu ngan2 sahaja tapi lama-kelamaan jadi kenyaataan.Hari ni pun aku baru hantar dye kat stesen bus.

Bila dye balik biasa lah keluar melepak ngan dye.Kadang kalau benda tidak ada something yang boleh aku amek,aku x ikut dan mlas nak ikut.Kadang2 terpaksa jugak ikut sebab dah biasa ngan dye dari kecik lagi.Dye sekarang dah buat business exfuze.Kalau aku cerita kat orang lain pasal exfuze nie mesti orang cakap ini adalah MLM atau Multi Level Marketing.Kalau dulu pun aku pun x nak join menda tapi skunk nie abang aku dah ckap ddahulu punya MLM lain.Dia dah berevolusi.Senang cerita sekarang nie,kita jual produk dan kita juga guna produk itu.

Jumaat malam abang ajak lepak ngan member dye.Aku mulanya mlas jugak tapi memaksa diri nie ikut jugak lah.Dye cakap nak jumpa member dye nak bincang pasal exfuze.Aku pun apa lagi nak ikut jugak lah.Memang aku dengar jew..Sebab aku suka dengar apa diorang bualkan sebab ada benda yang boleh aku amek...at least adalah something new yang diorang bincang kan dan member abang aku too,Hilmi,share jugak lah pasal pengalaman hidup dye.Dye sebenarnya cakap pasal business kat aku,dan dye suruh aku buat jugak macam mana abang aku buat..Dalam hati aku tergelak je  tmbah2 lagi aku  tengah syok tgk budak2 maen futsal..Memng orang cakap aku masa  too masuk telinga kanan,keluar telinga kiri..hahaha..tapi ada benda lah yang boleh aku amek iaitu

1)kalau kita buat sesuatu benda dalam masa 40 hari dengan bersungguh dan istiqamah,memang lepas too,perkara yang kita buat too akan menjadi habit

2)Cubalah jangan sesekali tinggal solat  sunat dhuha.




Gmbar atas ini lah yang di namakan exfuze..kikiki

Nak wat macam mana,bila abang aku balik jew,mesti dye sembang pasal nie..kadang-kadang aku dah naek bosan pun ada tapi tak apa lah,at least ada point2 yang boleh aku amek.Itu shaja...



Monday, 8 July 2013

Tahun 2 live

Alhamdulillah,selesai sudah pengajian aku di Tahun 2 di Universiti Malaya bagi sesi 2012/2013.Bagi aku sesi kali ini aku seolah-olah hilang semangat lebih-lebih lagi pada sem 2.Pada mulanya aku ingin kembalikan semula semangat aku setelah aku rasa pada sem 1 aku tidak mempunyai begitu semangat.Namun keadaan lebih teruk lagi berlaku pada sem 2.Tetapi pada masa kini aku sedar.Macam orang kata,kadang-kadang kita berada di atas,kadang-kadang kita berada di bawah.Semasa kita berada di bawah itu lah kita harus belajar balik apa kesilapan yang telah kita lakukan.Mana punca yang menyebabkan ia berlaku.Aku sudah jumpa puncanya dan sekarang adalah masanya untuk aku kuatkan semangat.

Apabila cerita kepada mak,mak hanya mampu cakap kamu cuba lah buat yang terbaik.Ini bukan untuk orang lain,ini untuk kamu jua.Namun di sebalik kejatuhan itu,yang mana aku rasa sangat berguna di dalam hidup aku,aku akan mengambil ia sebagai suatu pelajaran di luas kelas katakana.Bukan semua benda kita belajar di dalam kelas.

Aku rasa jua bahawa diri aku ini terlalu banyak buat silap.Lebih-lebih lagi pada orang lain.Aku seolah-olah mengambil sebagai sesuatu benda yang serius dan aku hanya berfikir untuk berseronok sahaja..Aku rasa aku terlalu banyak main daripada aku belajar atau mengambil serius dalam belajar.Ada setengah benda aku lakukan dengan ikhlas,ada benda aku lakukan dengan keadaan terpaksa dan lebih teruk lagi aku lakukan dengan sambil lewa.Mungkin ini merupakan pembalasan terhadap diri aku ini.Biar lah ia menjadi sebagai pengajaran berguna kepada diri aku ini seperti mana ia pernah berlaku semasa aku sekolah menengah.Dan aku rasa perlu kembali kepada jalan yang asal seperti mana yang aku buat dulu.Macam abang amirul cakap,just copy and paste je perkara orang yang pernah Berjaya.


Namun di sebalik hilang semangat di tahun 2 ini,tapi aku berasa happy dengan apa aku buat dan kadang-kadang sudah tahu apa kesudahannya.Dan aku bersyukur dengan apa yang berlaku tidak lah perkara seteruk mana yang aku impikan.Aku belajar apa erti mengambil berat terhadap seseorang,bukan sahaja dengan mak ayah,tapi dengan kawan-kawan.Even kadang-kadang kita berasa malas untuk menolong mereka,namun Tuhan sebenarnya memudahkan kita perkara lain.Kalau anda terbaca apa yang saya tulis ini,cuba untuk praktikan dan anda rasalah sendiri.