Wednesday, 8 August 2012

MY 12 weeks Journal week 9

Alhamdulillah ini merupakan MInggu ke 2 di dalam bulan Ramadhan.Pastinya ramai antara kita melalui saat manis bersama keluarga tidak kira di kampong mahupun di Bandar.Ternyata berpuasa di rumah lebih seronok berbanding berpuasa di Universiti.Bukan hendak menidakan bahawa berpuasa di Universiti tidak seronok tetapi kebanyakan mak ayah inginkan anaknya berada di samping mereka lebih-lebih lagi saat berbuka puasa.Betul cakap Kak Elin hargailah saat dan masa bersama keluarga pada bulan puasa ini kerana pada zaman beliau belajar kebanyakan beliau akan berpuasa di Universiti.

Kebanyakan antara kita banyak menghabiskan masa di rumah dengan menonton television ataupun tidur.Tetapi bagi saya masih memerlukan kawan untuk bergaul walaupun hanya sembang kosong sahaja.Jika  di pandang seolah-olah membuang masa tetapi bagi sesetengah orang itulah hakikatnya.Mereka memerlukan masa bersama kawan kerana mereka akan merasa cepat bosan jika hanya menyendiri di rumah.Walaupun di rumah adik-beradik sudah ramai,tetapi mereka merasakan bersama kawan lebih gembira.

Pada minggu ini kebanyakan masa hanya menolong emak untuk mengemaskan rumah.Walaupun hanya mengelap dinding,tetapi kita harus sedar bahawa perkara sebegitu lah akan mengajar kita untuk melakukannya di tempat lain lebih-lebih lagi ketika di asrama.Hal ini di sebabkan saya sangat percaya dengan menolong mak ayah kita sebenarnya telah melatih diri kita ini untuk melakukan kerja-kerja rumah kerana pada masa akan datang kita pulak akan menjadi ibu bapa.Jika kita tidak cuba untuk menolong,pastinya kita akan kekok pada masa akan datang kerana tidak tahu untuk melakukan kerja-kerja rumah ini.

2 comments:

  1. Alhamdulillah Harif, seronok membaca anda menghargai masa bersama keluarga & betapa untungnya anda dapat menjalankan ibadat berpuasa pada bulan Ramadan. Dulu semasa Abg belajar di Kanada, 5 tahun berpuasa & beraya di perantauan.

    Tahniah kerana membantu melakukan kerja-kerja di rumah. InsyaAllah ia akan membentuk keperibadian Harif nanti.

    Tahniah! You are on the right track!

    ReplyDelete