Monday, 8 July 2013

Tahun 2 live

Alhamdulillah,selesai sudah pengajian aku di Tahun 2 di Universiti Malaya bagi sesi 2012/2013.Bagi aku sesi kali ini aku seolah-olah hilang semangat lebih-lebih lagi pada sem 2.Pada mulanya aku ingin kembalikan semula semangat aku setelah aku rasa pada sem 1 aku tidak mempunyai begitu semangat.Namun keadaan lebih teruk lagi berlaku pada sem 2.Tetapi pada masa kini aku sedar.Macam orang kata,kadang-kadang kita berada di atas,kadang-kadang kita berada di bawah.Semasa kita berada di bawah itu lah kita harus belajar balik apa kesilapan yang telah kita lakukan.Mana punca yang menyebabkan ia berlaku.Aku sudah jumpa puncanya dan sekarang adalah masanya untuk aku kuatkan semangat.

Apabila cerita kepada mak,mak hanya mampu cakap kamu cuba lah buat yang terbaik.Ini bukan untuk orang lain,ini untuk kamu jua.Namun di sebalik kejatuhan itu,yang mana aku rasa sangat berguna di dalam hidup aku,aku akan mengambil ia sebagai suatu pelajaran di luas kelas katakana.Bukan semua benda kita belajar di dalam kelas.

Aku rasa jua bahawa diri aku ini terlalu banyak buat silap.Lebih-lebih lagi pada orang lain.Aku seolah-olah mengambil sebagai sesuatu benda yang serius dan aku hanya berfikir untuk berseronok sahaja..Aku rasa aku terlalu banyak main daripada aku belajar atau mengambil serius dalam belajar.Ada setengah benda aku lakukan dengan ikhlas,ada benda aku lakukan dengan keadaan terpaksa dan lebih teruk lagi aku lakukan dengan sambil lewa.Mungkin ini merupakan pembalasan terhadap diri aku ini.Biar lah ia menjadi sebagai pengajaran berguna kepada diri aku ini seperti mana ia pernah berlaku semasa aku sekolah menengah.Dan aku rasa perlu kembali kepada jalan yang asal seperti mana yang aku buat dulu.Macam abang amirul cakap,just copy and paste je perkara orang yang pernah Berjaya.


Namun di sebalik hilang semangat di tahun 2 ini,tapi aku berasa happy dengan apa aku buat dan kadang-kadang sudah tahu apa kesudahannya.Dan aku bersyukur dengan apa yang berlaku tidak lah perkara seteruk mana yang aku impikan.Aku belajar apa erti mengambil berat terhadap seseorang,bukan sahaja dengan mak ayah,tapi dengan kawan-kawan.Even kadang-kadang kita berasa malas untuk menolong mereka,namun Tuhan sebenarnya memudahkan kita perkara lain.Kalau anda terbaca apa yang saya tulis ini,cuba untuk praktikan dan anda rasalah sendiri.

1 comment:

  1. Salam Harif, thank you for sharing. Alhamdulillah Allah SWT beri ilham & taufik hidayah utk kita muhasabah diri kita. May Allah continue to give the guidance so that we will always be on the right path.

    Everyday is a NEW & a NEW opportunity to become better. Learn from the past, plan for the future and live in the present. InsyaAllah you will have a great 3rd year in UM!

    ReplyDelete